Pertandingan Memancing

Joran KOPMEDIA

Sempena

Hari Kemerdekaan Ke-68

Program

Penganjuran Pertandingan Memancing Joran KOPMEDIA Sempena Kemerdekaan Ke-68

PerkaraMaklumat
AcaraCabaran Memancing Ngail Santai Merdeka KOPMEDIA 2025
Tarikh30 Ogos 2025 (Sabtu)
Masa7.00 pagi - 1.00 petang
Pendaftaran7.30 pagi
Waktu Pertandingan9.00 pagi - 12.00 tengahari (3 Jam)
Waktu Tambahan Memancing12.00 tengahari - 1.00 petang (1 Jam)
VenueKolam Sealion 3 Shafiq, Port Klang, Selangor
Lokasi / Navigasi
PenganjurKoperasi Media Prima Berhad (KOPMEDIA)

Format

  1. Pertandingan memancing ikan kolam air masin sempena sambutan hari Kemerdekaan yang ke-68.
  2. Terbuka kepada Ahli Koperasi Media Prima Berhad (KOPMEDIA), dan Kakitangan Media Prima Berhad, dan Rakan Niaga KOPMEDIA.
  3. Penyertaan khas juga ditawarkan kepada umum (orang luar) dengan yuran RM140, tertakluk kepada jumlah peserta sedia ada dan juga kapasiti kolam memancing.
  4. Setiap peserta hanya dibenarkan mendaftar atas satu (1) nama sahaja bagi tujuan penyertaan pertandingan.
  5. Hadiah disediakan hanya kepada peserta yang berjaya menduduki ranking tempat pertama hingga tempat ke-30 sahaja.
  6. Kedudukan pemenang ditentukan berdasarkan berat ikan dan masa serahan ikan tangkapan.
  7. Setiap peserta boleh menyerahkan seberapa banyak tangkapan untuk dipertandingkan, namun hanya layak memenangi satu (1) hadiah sahaja melalui satu (1) kedudukan yang diperuntukkan bagi setiap peserta dalam ranking pemenang.
  8. Setiap penyertaan layak menerima satu (1) tiket cabutan bertuah untuk memenangi salah satu dari 80 hadiah yang disediakan.

Hadiah

Senarai hadiah yang ditawarkan kepada peserta bagi setiap kedudukan adalah seperti berikut:

Kedudukan Hadiah (RM)
Juara3,000
Naib Juara1,500
Ketiga700
Ke 4450
Ke 5350
Ke 6500
Ke 7200
Ke 8500
Ke 9-10200
Ke 11-15150
Ke 16-29100
Ke 30300
Cabutan Bertuah80 Hadiah

Peraturan

  1. Pelekat bernombor perlu ditampal pada batang joran yang digunakan ketika bertanding dan hendaklah sepadan dengan nombor yang terdapat pada resit bayaran penyertaan.
  2. Setiap peserta hanya dibenarkan menggunakan satu (1) joran dengan satu (1) mata kail sahaja dan penggunaan kail mata tiga (treble hook) adalah dilarang.
  3. Semua jenis ikan yang ditangkap dari kolam memancing yang terlibat, adalah layak untuk dipertandingkan kecuali ikan kerapu tiger.
  4. Peserta yang berjaya menaikkan ikan kerapu tiger akan menerima hadiah saguhati sebanyak RM100 daripada pihak kolam, dan ikan tersebut akan dilepaskan semula.
  5. Ikan bertanda (tagging) yang didaratkan layak untuk dipertandingkan, namun tidak akan menerima sebarang saguhati.
  6. Peserta dibenarkan menggunakan umpan hidup seperti udang, anak ikan belanak, dan sotong kurita sahaja.
  7. Penggunaan umpan mati seperti udang, hirisan ikan dan hirisan sotong adalah dibenarkan.
  8. Peserta dilarang menggunakan gewang (minnow, crankbait, soft plastic, spoon, jig dll) atau sebarang jenis umpan tiruan.
  9. Masa ikan didaratkan tidak akan diambil kira dalam pengiraan atau penilaian atau menentukan kedudukan.
  10. Kedudukan pemenang ditentukan berdasarkan masa rasmi serahan ikan tangkapan di meja hakim dan berat timbangan rasmi ikan tangkapan yang direkodkan.
  11. Tangkapan hanya dikira sah jika mata kail mengena di bahagian mulut atau bibir ikan sahaja.
  12. Jangan tanggalkan perambut atau cabut mata kail sebelum penyerahan; peserta dikehendaki menyerahkan tangkapan dengan mata kail masih bersambung dengan joran dan melekat pada ikan, sebagai bukti tangkapan yang sah.
  13. Saksi atau bukti diperlukan untuk memastikan kesahihan tangkapan sekiranya tali terputus atau mata kail tertanggal/terlucut semasa mengendalikan ikan yang baru didaratkan atau semasa dalam perjalanan menghantar ikan ke meja serahan tangkapan.
  14. Peserta wajib mengemukakan resit bayaran beserta pelekat bernombor pada batang joran semasa menyerahkan ikan tangkapan di meja hakim.
  15. Serahan yang tidak tidak lengkap dan meragukan akan menyebabkan kelewatan dalam mendapatkan pengesahan dan catatan masa; serta boleh dikenakan tindakan.
  16. Peserta dilarang menyerahkan ikan tangkapan kepada peserta lain, atau menerima ikan dari orang lain dengan tujuan memperoleh kelebihan atau keuntungan daripada perbuatan tersebut.
  17. Kegagalan mematuhi atau melanggar mana-mana peraturan, arahan, atau garis panduan yang ditetapkan akan dikenakan tindakan.
  18. Pihak pengurusan pertandingan berhak menggunakan budi bicara sepenuhnya untuk menyoal, menilai, meragui, atau menolak tangkapan; membatalkan penyertaan; meminda peraturan; atau membuat sebarang keputusan lain yang difikirkan perlu demi memastikan pelaksanaan pertandingan yang adil.
  19. Keputusan pertandingan adalah muktamad dan sebarang aduan atau bantahan tidak akan dilayan.

Peraturan Tambahan

  1. Hanya peserta yang bertanding sahaja akan dibenarkan memasuki kawasan kolam pancing.
  2. Pihak penganjur dan pihak kolam tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerosakan apa-apa barangan milik peserta.
  3. Peserta perlu memakai baju acara sepanjang waktu pertandingan.
  4. Masa memancing adalah selama empat (4) jam namun waktu rasmi pertandingan ditetapkan kepada tiga (3) jam sahaja.
  5. Lebihan satu (1) jam yang berkenaan adalah masa tambahan untuk memancing secara santai dan tangkapan tidak lagi layak untuk dipertandingkan.
  6. Penggunaan umpan daripada bahagian atau organ dalaman haiwan darat (seperti daging, hati, perut, usus, atau organ lain) adalah tidak dibenarkan.
  7. Pihak penganjur berhak untuk menyimpan ikan serahan yang berpotensi untuk menduduki ranking bagi tujuan pameran ikan, dan akan dipulangkan semula apabila meja tuntutan ikan dibuka.
  8. Peserta boleh menuntut semula ikan serahan yang disimpan selepas 20 minit dari waktu rasmi pertandingan tamat dengan menunjukkan resit bayaran penyertaan semasa membuat tuntutan.
  9. Ikan serahan tangkapan yang tidak dituntut selepas pukul 1.00 petang akan menjadi hak milik penganjur.
Kemas kini: 29-08-2025